YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Aug 18, 2023

WARGA EMAS ASNAF PERLUKAN BANTUAN

RM610 / 6.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

29 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menghulurkan bantuan kepada golongan warga emas asnaf yang sedang mananggung sakit. Jom kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Di saat kita sedang menikmati kesihatan yang baik kurniaan Allah SWT, jangan kita lupa bahawa begitu ramai dalam kalangan saudara seagama kita yang sedang diuji dengan kesakitan. Begitu berat penderitaan kesakitan yang ditanggung oleh pesakit sama ada yang berada di hospital atau di rumah. Pesakit-pesakit ini sebahagiannya adalah golongan asnaf yang telah lanjut usia. Mereka amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan.



Ziarah kami baru-baru ini di sebuah hospital di Selangor dan dua buah rumah asnaf telah menemui warga emas asnaf yang sedang terlantar sakit. Mereka amat memerlukan bantuan kita semua untuk menanggung kos rawatan dan penjagaan harian. Walaupun sebahagiannya ada menerima bantuan zakat, namun jumlahnya adalah minimum. Kami juga terharu apabila mendapati anak-anak yang menjaga orang tua mereka yang sakit ini juga adalah dari kalangan asnaf. Sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.



Dengan rasa simpati terhadap golongan asnaf yang terlantar sakit ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui Program Simpati Warga Emas Asnaf akan menyalurkan bantuan keperluan asas pesakit seperti lampin pakai buang, tuala kering dan basah, ubat-ubatan yang tidak disediakan oleh pihak hospital dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan. Di samping itu, pihak kami juga akan menyalurkan bantuan makanan asas harian seperti beras, tepung gandum, minyak masak, telur, makanan dalam tin dan sebagainya untuk ahli keluarga mereka di rumah. Sasaran bantuan ini akan diberikan kepada 50 orang pesakit asnaf yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan usaha murni ini demi membantu golongan warga emas asnaf yang sedang terlantar sakit. Mudah-mudahan dengan pemberian yang kita hulurkan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh pesakit dan ahli keluarga mereka. Semoga Allah SWT membalas pemberian tuan/puan dengan keampunan dan ganjaran pahala yang besar.



"Saya mendengar Baginda Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Carilah untukmu orang-orang yang lemah, sebab sesungguhnya engkau semua diberi rezeki serta pertolongan dengan sebab orang-orang yang lemah di kalangan engkau semua itu." (HR. Abu Daud)


Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang dalam kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR. Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 01, 2023

Kempen Sumbangan Tamat