Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM230 / 3.29 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
13 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Sesungguhnya kepayahan golongan asnaf meneruskan kehidupan amat menyedihkan. Mereka bukannya malas atau tidak bekerja, tetapi pendapatan harian atau pendapatan yang mereka terima setiap bulan adalah terlalu sedikit untuk menampung kehidupan lebih-lebih lagi yang tinggal di bandar. Walaupun kehidupan mereka begitu mencabar kerana ada di antara mereka yang terpaksa menanggung anak yang ramai dan masih bersekolah, ada yang terpaksa menanggung anak atau orang tua yang sakit atau uzur dan ada yang kehilangan pasangan khususnya suami yang menjadi tempat bergantung dan bermacam-macam lagi masalah, namun kehidupan perlu diteruskan.
Ziarah kami ke beberapa lokasi di Selangor baru-baru ini telah menemui beberapa orang ibu tunggal asnaf. Mereka ini orang susah. Ada di antara mereka yang mempunyai anak yang ramai dan masih bersekolah, ada yang menjaga orang tua uzur dan ada yang menjaga anak yang terlantar sakit. Mereka begitu mengharapkan bantuan pihak luar sebagai bantuan tambahan bagi meneruskan kehidupan kerana pendapatan meraka amat tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian.
Dengan rasa simpati terhadap golongan ibu tunggal asnaf ini, Yayayan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan bantuan makanan berbentuk makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, bihun dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan untuk meringankan beban yag sedang mereka hadapi. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30 orang ibu tunggal yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan kempen ini demi membantu golongan ibu tunggal asnaf agar mereka dapat mengharungi kehidupan dengan baik. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat pahala dan ganjaran yang besar dari Allah SWT.
Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Orang yang berusaha memenuhi keperluan ibu tunggal dan orang miskin, pahalanya seperti mujahid fi Sabilillah atau seperti orang yang rajin berpuasa di siang hari dan rajin tahajud dimalam hari." (HR. Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hambaNya selama hambaNya itu suka menolong saudaranya.”(HR Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 08, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 08, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 08, 2023