YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Aug 17, 2023

INFAQ JUMAAT UNTUK RUMAH ANAK YATIM DALAM KESUSAHAN

RM505 / 8.42 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

24 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama menjayakan program Infaq Jumaat untuk anak-anak yatim miskin yang berada di rumah-rumah kebajikan persendirian. Jom kita bantu mereka!


Tiada siapa di dunia ini yang inginkan hidup tanpa ibu bapa. Sesungguhnya belaian kasih sayang mereka adalah aset penguat semangat untuk menjalani kehidupan. Namun sebenarnya, kehidupan sebagai seorang anak kecil di dunia ini tanpa ibu bapa amat menyedihkan. Tatkala orang lain menikmati belaian kasih sayang dari insan yang bergelar ibu bapa, anak-anak yatim tidak memperoleh itu semua bahkan ramai anak-anak yatim yang terpaksa membesar bersama rakan-rakan di pusat-pusat jagaan akibat kemiskinan.



Program ziarah kami di beberapa pusat jagaan anak yatim persendirian di beberapa daerah dalam Selangor telah menemui anak-anak yatim dari keluarga miskin. Setelah kematian ibu atau bapa, tiada yang mampu untuk menjaga mereka dan lantaran itu, mereka terpaksa tinggal di pusat jagaan persendirian untuk meneruskan kehidupan. Di pusat jagaan ini, mereka diberi makan dan minum dan dijaga dengan baik serta bersekolah di sekolah-sekolah yang berdekatan. Pusat-pusat jagaan anak yatim ini beroperasi dengan mengharapkan ihsan dan bantuan dari orang ramai yang kadang-kala ada pasang surutnya sumbangan yang diterima.



Atas rasa simpati dan peri pentingnya membantu anak-anak yatim ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program Infaq Jumaat pada minggu ini akan menyalurkan bantuan berupa barangan makanan asas kering seperti beras, minyak masak, telur, tepung gandum, gula, bihun, biskut dan sebagainya. Bantuan kewangan juga diberikan khusus untuk anak-anak yatim miskin yang berada di beberapa pusat jagaan persendirian di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Dijangkakan sumbangan ini akan memberi manfaat kepada sekitar 150 orang anak yatim.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat ini sebagai usaha kita untuk membantu anak-anak yatim miskin agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna. Semoga sumbangan anda diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:


“Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat Muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (HR. Al-Tirmidzi)



Rasulullah SAW juga ada bersabda yang maksudnya: “Aku dan orang-orang yang memelihara anak yatim di syurga seperti ini. Beliau menunjukkan telunjuk jari tengah serta beliau merenggangkan antara keduanya”. (HR. Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Aug 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 20, 2023

MOHAMMAD

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 19, 2023

Kempen Sumbangan Tamat