YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Mar 02, 2023

INFAQ JUMAAT BANTU ANAK YATIM

RM2,401 / 34.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

133 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menjayakan program bantuan keperluan untuk anak-anak yatim asnaf. Semoga sumbangan anda diberi ganjaran yang besar oleh Allah SWT.


Assalamualaikum wbt. Sesungguhnya anak-anak yatim memerlukan keperihatinan serta kasih sayang dari kita semua. Mereka berstatus sedemikian bukan diminta. Ada yang sejak lahir lagi telah kehilangan ibu atau bapa dan ada yang menjadi anak yatim setelah mengenali ibu bapa mereka. Betapa bersyukurlah kita sekiranya kita dapat membesar di dunia ini bersama ibu dan bapa. Di luar sana, begitu ramai anak-anak yatim yang membesar tanpa ibu atau bapa. Bantuan serta sokongan dari kita semua adalah penting untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup. Rasulullah SAW bersabda:


“Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat Muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (HR. Tirmidzi)



Ziarah kami bertemu beberapa orang anak yatim asnaf yang dijaga oleh ahli keluarga dan sanak saudara baru-baru ini amat menginsafkan. Mereka bukan sahaja berstatus anak yatim malah mereka adalah golongan dari keluarga asnaf yang telah kehilangan orang tua yang selama ini menjadi tempat bergantung hidup. Mereka seperti kita yang perlukan kasih sayang dan keperluan hidup untuk menjalani kehidupan seperti insan lain.



Menyedari akan ganjaran yang bakal diterima bagi mereka yang menyantuni anak-anak yatim, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia melalui program Infaq Jumaat pada minggu ini akan menyalurkan bantuan berupa barangan keperluaan. Antaranya ialah makanan asas kering seperti beras, tepung gandum, telur, minyak masak, bihun, biskut dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan untuk anak-anak yatim asnaf yang dijaga oleh ibu atau ahli keluarga mereka. Jumlah mereka yang akan menerima sumbangan ini sekitar 50 orang yang berada di sekitar negeri Selangor dan Lembah Klang.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat ini sebagai usaha menyantuni anak-anak yatim asnaf. Semoga sumbangan anda diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT demi melihat anak-anak yatim asnaf dapat hidup dengan sempurna.


Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: ”Aku dan orang-orang yang memelihara anak yatim di syurga seperti ini. Beliau menunjukkan telunjuk jari tengah serta beliau merenggangkan antara keduanya.” (HR. Muslim)



Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.” (Surah Al-Baqarah: 220)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2023

Kempen Sumbangan Tamat