Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM280 / 9.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
16 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bukan semua di kalangan kita mampu mengharungi kehidupan dengan baik. Kadang-kala kita melihat mereka bekerja, namun pendapatan mereka mungkin tidak mencukupi. Sebagai contoh, golongan pekerja bawahan khususnya yang terdiri daripada golongan B40 sememangnya mereka adalah golongan yang sangat terkesan dengan perbelanjaan harian. Sebahagian mereka memiliki keluarga dan anak-anak yang masih bersekolah.
Menyedari akan keperluan kewangan yang mendesak bagi golongan pekerja bawahan ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia terpanggil untuk meringankan beban mereka ini dengan menyalurkan sedikit bantuan iaitu pihak kami akan mengedarkan nasi bungkus atau nasi berlauk serta minuman untuk jamuan tengah hari mereka.
Sasaran pemberian ini akan tertumpu pekerja-pekerja kumpulan B40 seramai 250 orang yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang seperti pekerja kilang, pembantu am pejabat, pengawal keselamatan, pembantu kedai dan pekerja pembersihan.
Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) berbesar hati sekiranya Tuan/Puan dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program ini dan semoga infaq anda semua diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Memberi makan kepada orang lain adalah amalan terbaik dan terpuji sepertimana kisah seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apakah yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang Mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (HR. At-Tabrani)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
SALIZA SALIHUDDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 13, 2023