YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jun 02, 2023

INFAQ JUMAAT BERI MAKAN ANAK YATIM TAHFIZ

RM1,760 / 29.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

76 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menjamu makan anak-anak yatim tahfiz. Jom kita santuni mereka!


Ziarah kami ke beberapa pusat tahfiz yang dihuni oleh pelajar-pelajar tahfiz dari kalangan anak-anak yatim di negeri Kedah baru-baru ini memaklumkan bahawa masih banyak bantuan yang diperlukan oleh pusat-pusat tahfiz persendirian ini khususnya bagi menampung perbelanjaan harian anak-anak yatim tahfiz. Bantuan yang diperlukan bukan sahaja untuk perbelanjaan harian bahkan untuk sepanjang tahun. Anak-anak yatim tahfiz ini berada di sekolah-sekolah tahfiz persendirian yang hanya bergantung dengan ihsan orang ramai untuk terus beroperasi.



Rasulullah SAW ada bersabda yang maksudnya: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas)


Maka oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) merasakan bahawa perlunya untuk kita bersama menyantuni anak-anak yatim tahfiz ini.



Oleh itu, atas rasa prihatin terhadap anak-anak yatim tahfiz, maka pihak Yayasan melalui program Infaq Jumaat pada minggu ini akan menganjurkan program jamu makan kepada mereka. Di samping itu, sedikit bantuan kewangan juga akan disalurkan untuk mereka. Bantuan ini akan menyasarkan anak-anak yatim tahfiz yang berjumlah 100 orang yang berada di beberapa buah pusat tahfiz persendirian di Utara Semenanjung Malaysia.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi melihat anak-anak yatim tahfiz yang diraikan terus istiqamah memelihara ayat-ayat suci Al-Quran. Semoga usaha kecil kita ini akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah SWT.



Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.” (Al-Baqarah : 220)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 04, 2023

MOHAMMAD SHAFIQ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 04, 2023

Kempen Sumbangan Tamat