YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Aug 29, 2023

INFAQ BANTUAN ALAT PENDENGARAN UNTUK ADIK THAQIF

RM255 / 4.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menghulurkan bantuan bagi membantu adik Muhammad Thaqif memiliki alat bantuan pendengaran. Jom kita hulurkan bantuan!


Assalamualaikum W.B.T. Sesungguhnya nikmat kesihatan dengan memiliki kesempurnaan anggota tubuh badan merupakan nikmat yang tidak ternilai harganya. Dengan kesihatan yang baik, sudah pasti kita akan dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna sebagai hamba Allah SWT di muka bumi ini. Walau bagaimanapun, sekiranya sakit atau adanya kekurangan pada fungsi anggota badan yang boleh dipulihkan, maka agama menyuruh kita untuk mencari penawar atau berikhtiar bagi merawat sakit yang dihadapi.


Namun hakikatnya, bukan semua proses rawatan di hospital kerajaan disediakan secara percuma kerana bagi sesetengah rawatan terdapat juga ubat mahupun peralatan yang memerlukan perbelanjaan sendiri. Maka, begitulah nasib yang menimpa kepada adik Muhammad Thaqif yang kini berumur 8 tahun yang terpaksa menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi kerana ibu bapanya tidak mampu untuk membeli alat bantu mendengar.


Untuk makluman, adik Muhammad Thaqif dikesan menghadapi masalah pendengaran sejak berumur 9 bulan. Namun, disebabkan tidak berkemampuan untuk membeli alat tersebut, maka terpaksalah mereka membatalkan hasrat bagi membantu adik Thaqif mendengar.



Simpati melihat keadaan adik Thaqif, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia berhasrat untuk menganjurkan kempen khas untuk adik Thaqif bagi membeli alat bantuan pendengaran serta rawatan susulan yang diperlukan di hospital. Kami dimaklumkan bahawa alat tersebut berharga sekitar RM5,000 tidak termasuk kos rawatan susulan. Mudah-mudahan, dengan bantuan yang diterima, masalah pendengaran adik Thaqif dapat dirawat.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia merayu orang ramai untuk bersama-sama membantu bagi menjayakan kempen ini agar adik Thaqif dapat mendengar dan membesar sebagai hamba Allah yang soleh. Mudah-mudahan, sumbangan yang dihulur oleh tuan/puan akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah SWT.



Pesan Rasullulah SWT, “Ubatilah orang-orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah, bentengilah harta kalian dengan zakat, dan siapkanlah doa untuk menghadapi musibah.” (HR. Baihaqi)



“Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia daripada seorang mukmin, maka Allah melapangkan daripadanya satu kesusahan di hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seorang hamba selama mana hamba tersebut menolong saudaranya.” (HR. Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 30, 2023

Kempen Sumbangan Tamat