Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM6,557 / 100.88 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,500
276 Penyumbang
Kempen Berjaya
PERKIM antara NGO tertua di negara ini khususnya berkaitan dakwah Islamiyyah dan kebajikan. PERKIM Bandar Tasik Puteri adalah salah satu cawangan PERKIM di Rawang, Selangor, berdaftar dengan ROS (JPPM) sejak tahun 2009. Hampir 90% dana yang diperlukan oleh kami adalah atas ikhtiar sendiri, kami tiada peruntukkan tetap dari PERKIM Kebangsaan atau PERKIM Negeri Selangor.
Tujuan?
PERKIM BTP semakin aktif dalam kerja-kerja dakwah dan kebajikan. Banyak aktiviti bukan sahaja memerlukan pengorbanan tenaga malah wang ringgit ahli Perkim BTP, juga perlukan kenderaan khususnya untuk mengangkut dan menghantar bantuan kepada yang memerlukan. Untuk program dakwah, setakat ini telah 6 orang memerlukan Islam untuk tahun sahaja. Mereka perlu follow up, selalu ziarah mereka dan bimbing mereka. Untuk tujuan kebajikan pula, di PERKIM BTP bukan sahaja aktif membantu masyarakat setempat, malah untuk kali pertamanya kami telah terlibat dengan misi bantuan banjir ke Jerantut, Pahang. Banyak bantuan khususnya barang dapur memerlukan kenderaan yang lasak.
Kenapa Kembara?
Buat masa ini kenderaan ini sahaja kami mampu 'maintain' nanti dari segi roadtax dan maintenance. Kami mencari kenderaan yang lasak, boleh digunakan on dan off road! Impian kami adalah memiliki Toyota Hilux atau sejenisnya, namun tiada kemampuan buat masa ini.
Berapa buah diperlukan?
Sebuah mencukupi buat masa ini.
Bagaimana nak berwakaf?
Jika anda ada kenderaan jenis ini dalam kondisi terbaik dan ingin mewakafkannya, kami alu-alukan. Atau boleh juga berwakaf secara tunai sahaja, wang terkumpul akan kami beli sebuah Perodua Kembara DVVT (purata harga sekarang adalah RM15,000, all-in).
Kalau nak wakaf tunai ada pelepasan cukai tak?
Ada, semua sumbangan kepada PERKIM layak mendapat pelepasan cukai LHDN. Boleh semak website LHDN. PERKIM tersenarai salah satu NGO yang dibenarkan pelepasan cukai.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Untuk makluman para penderma yang budiman, dana terkumpul untuk kami membeli kenderaan adalah RM11,000 sahaja.
Apabila berlaku siri banjir besar tahun lalu dan awal tahun ini, kami telah mengambil keputusan untuk membeli kenderaan pacuan 4 roda terpakai (used car) pada harga antara RM50-60 ribu kerana kenderaan ini boleh digunakan untuk semua misi kami.
Oleh itu, dana RM11,000 masih disimpan dan kami mencari lagi RM40,000 untuk membeli kenderaan pacuan 4 roda tersebut.
Ayuh tuan-puan, infaqlah seikhlas hati.
Assalamu'alaikum,
Setelah mengambil kira pandangan dari semua AJK PERKIM BTP, kami bercadang membeli van jenis ini, iaitu second hand. Harga di pasaran kereta terpakai kini (Mudah.com) antara RM14 ribu dan ke atas.
Sebab kami ambil van kerana ia boleh digunakan utk mengambil dan menghantar muallaf menghadiri kelas, khusus bagi yg tinggal berjauhan dan tiada kenderaan. Di samping itu, boleh juga digunakan utk menghantar sumbangan. Selain itu van jenis ini ada gear auto, oleh itu boleh dipandu semua AJK.
Kutipan terkini kami masih jauh dari sasaran. Oleh itu, kami merayu kedermawanan pihak tuan / puan untuk membantu kami.
Kami sentiasa akan selitkan tuan / puan dalam doa kami kerana membantu PERKIM BTP.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 16, 2021
WAN RAZLI WAN ABDULLAH
Menyumbang sebanyak RM100.00
Mar 15, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 15, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 15, 2021
ABDUL RAMMALEE BIN MAT
Menyumbang sebanyak RM30.00
Mar 15, 2021