DANA PEMBELIAN VAN JENAZAH ZON TENGAH SARAWAK

RM2,060 / 3.75 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM55,000

94 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PELUANG UNTUK SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN DALAM MEMBANTU MEMUDAHKAN URUSAN FARDHU KIFAYAH UMAT ISLAM KHUSUNYA DI ZON TENGAH SARAWAK.


Setiap hari, pasti ada kematian yang berlaku di dalam kehidupan kita. Masalah pengangkutan untuk membawa jenazah yang meninggal dunia dari satu kawasan ke kawasan yang diinginkan menjadi perkara yang biasa terjadi pada hari ini. Ini berikutan terdapat kekangan pengangkutan yang membolehkan jenazah tersebut dibawa ke destinasi yang sepatutnya. Hal ini sering berlaku lebih-lebih lagi dalam membiayai perbelanjaan pengurusan jenazah.


Biarpun ada pengangkutan, namun penyeliaan yang tidak dapat dijaga dengan baik menyebabkan ianya menjadi kekangan kepada usaha untuk meringankan perkara ini. Bagi pihak kami sendiri, van sedia ada yang digunakan untuk membantu tidaklah berada dalam keadaan yang terbaik lagi untuk menyelurusi jalan di Sarawak ini yang agak mencabar.



Oleh yang demikan, satu perancangan awal untuk menambah satu lagi van bagi digunakan oleh masyarakat awam bagi membawa jenazah sedang diusahakan. Di harap usaha ini akan dapat dijayakan dengan sebaiknya agar usaha dan niat kita untuk meneruskan bantuan ini akan berjalan dengan lancar. Van sedia ada yang digunakan untuk membantu membawa jenazah sekiranya memang tidak ada van jenazah lain yang dapat digunakan.



Jika diikutkan kesesuaian van tersebut, memang ianya tidak bersesuaian digunakan untuk sebagai van jenazah. Atas usia van tersebut telah lanjut, usaha untuk mendapatkan satu van baharu diwujudkan di dalam kempen ini. Masih boleh digunakan namun ianya perlu mempunyai satu van tambahan sekiranya apa-apa berlaku kepada van ini dan penggantian van tersebut dapat dilakukan segera sekiranya kempen ini berjaya.


Setiap sumbangan daripada sahabat-sahabat sekalian amatlah kami hargai dan tanpa usaha kita semua, kempen ini tidak mungkin akan berjaya. Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat yang telah menyumbang dan memastikan kempen ini berjaya dengan kebaikan yang berlipat kali ganda. Jazakumullahu kheyr.



“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588).


Jom #BuatBaik!



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Apr 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 31, 2023

SUHAIMI BIN SULAIMAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 26, 2022

Kempen Sumbangan Tamat