ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Jul 21, 2022

KEMPEN INFAQ TELAGA AIR UNTUK MISKIN PEDALAMAN SABAH

RM7,652 / 30.61 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000

324 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen infaq untuk melaksanakan Projek Telaga Air 3 untuk kegunaan satu-satunya Masjid kecil dan 92 buah rumah di Kampung Inaruntung, Pitas, Sabah, yang kini bergantung pada tadahan air hujan.


PROJEK TELAGA AIR 1 DAN 2

Alhamdulillah, masih ingatkah anda bahawa Projek Telaga Air 1 (Fasa 1 dan 2) di Pulau Tanjung Manawali dan Projek Telaga Air 2 di Kampung Bayangan Laut di Pulau Banggi, Sabah, telah pun siap dan kini memberikan air bersih untuk beratus-ratus keluarga dan beribu-ribu orang dapat manfaat di dua-dua pulau tersebut?


Kita juga telah membekalkan air bersih untuk sebuah masjid dan sebuah surau di kedua-dua pulau ini. Ini semua adalah usaha kita bersama, kerana tanpa sumbangan anda tidak mungkin 2 projek telaga air ini berjaya dilaksanakan.




PROJEK TELAGA AIR 3 (BAHARU)


Kini kami lancarkan projek ketiga pula. Kali ini untuk lebih 350 penduduk Kampung Inaruntung, Pitas, Sabah dan juga untuk kegunaan Masjid di sini.


Lokasi kampung ini mengambil masa lebih 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu dan hanya sesuai menaiki kenderaan pacuan 4x4 kerana jalan-jalan untuk sampai ke sini adalah jalan berturab dan jalan tidak berturap, jalan berbatu dan berpasir. Apabila hujan pula, jalan tanah akan berbecak dan perjalanan akan mengambil lebih lama.




Kenapa buat telaga di sini? Yang pertama, ini adalah permintaan penduduk kampung di sini melalui ketua kampung mereka. Kedua, sama seperti Telaga 1 dan 2 sebelum ini, kampung ini tiada sumber air bersih yang lain selain tadahan air hujan untuk memasak dan minum. Jika mereka ada duit, mereka beli air botol untuk minum. Allahu Akhbar!


Untuk mencuci pula, mereka telah korek sendiri telaga yang cetek, airnya agak kotor dan tidak terurus. Namun mereka tiada pilihan lain. Kampung mereka tepi laut sahaja tetapi air laut tidak pula sesuai untuk mencuci apatah lagi untuk minum.






Oleh kerana mereka telah menemui punca air bawah tanah, maka kami bersetuju memenuhi permintaan ketua kampung di sini untuk membuat telaga air dengan pam air bermotor. Malah, masjid di sini juga bergantung kepada air hujan untuk air bersih.


Berikut adalah pelan pembinaan telaga air di Kampung Inaruntung:



Apabila siap kelak,

1) Pam air bermotor akan digunakan untuk pam air ke tangki yang terletak di atas bukit sebelah masjid.

2) Dari tangki ini, air akan mengalir ke Masjid dan rumah-rumah penduduk kampung dengan tarikan graviti


Apabila siap kelak, telaga air ini akan membekalkan air bersih untuk 92 buah rumah (di mana setiap rumah ada yang mempunyai lebih dari 1 keluarga) serta juga untuk satu-satunya masjid kecil di sini. Untuk makluman, Projek Telaga Air di Malaysia, ini bukan sekadar membina telaga air sahaja, sebaliknya juga membina menara tangki, memasang tangki air dan juga pam air bermotor. Kampung-kampung tersebut pula terletak di pedalaman atau di pulau-pulau sekitar Sabah, oleh itu kos pengangkutan bahan binaan juga amat tinggi. Oleh itu kos keseluruhan membina satu telaga air di Malaysia adalah lebih tinggi dari biasa.


Nota: Beberapa gambar sekitar Kg Inaruntung:





Ayuh tuan / puan, sedikit sumbangan anda mampu mengubah hidup mereka yang tinggal di pedalaman. Jangan tanya apa negara buat untuk kita, tanyalah apa sumbangan kita untuk negara kita.



Harta orang yang suka bersedekah tidak akan berkurang.

ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا

Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMMAD THAKIB MAULA SHAHARIZAN

Menyumbang sebanyak RM600.00

Aug 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 01, 2022

Kempen Sumbangan Tamat