MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Apr 26, 2024

SEDEKAH BANTU PENDIDIKAN ANAK ANAK YATIM DAN ASNAF

RM325 / 6.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

23 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

GANDAKAN PAHALA DENGAN MENYUMBANG MEMBANTU ANAK-ANAK YATIM DAN ASNAF MENDAPAT PENDIDIKAN YANG SELAYAKNYA


Muslimin dan muslimat yang kami hormati, menjelang pengakhiran bulan Syawal yang penuh kegembiraan ini, marilah bersama-sama kita kekalkan kegembiraan anak-anak yatim dan asnaf di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ini. Dengan membantu menyumbang sebanyak RM10 insya-Allah senyuman akan terus menghiasi kehidupan anak-anak yatim dan asnaf di maahad tahfiz kami.



Maahad kami terdiri daripada golongan yatim dan asnaf yang masing-masing kurang berupaya untuk membayar yuran bulanan. Oleh itu, atas jasa baik para muslimin dan muslimat insya-Allah dapat menyokong pendidikan anak-anak yatim dan asnaf di maahad kami. Dalam satu hadis, Baginda Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;


“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga, kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.” (Riwayat al-Tirmidzi, no. 1917)



Berkat sumbangan muslimin dan muslimat akan kami gunakan dengan sebaiknya dengan memberikan pendidikan agama dan ajaran Al-Quran yang selayaknya diberikan kepada anak-anak yatim dan asnaf. Selain itu, daripada usaha ini insya-Allah dapat membuka masa depan yang cerah kepada anak-anak yatim dan asnaf ini.



Semoga berkat daripada sumbangan muslimin dan muslimat, Allah melimpahkan ganjaran pahala yang melimpah-ruah kepada muslimin dan muslimat kerana memelihara nasib anak-anak yatim dan asnaf. Seterusnya, dihadiahkan syurga Firdaus yang tidak terungkap keindahannya.


“Dan mereka bertanyakan kepada mu (wahai Muhammad) terhadap anak-anak yatim. Katakanlah bahawa berbuat islah (kebaikan) kepada mereka itu (anak-anak yatim) adalah merupakan suatu kebaikan.”

(Surah Al-Baqarah, ayat 220)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat