Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM325 / 10.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
13 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Apabila seorang hamba Allah memeluk Islam, kami di PERKIM akan peluk beliau dan memberi jaminan kami bersama beliau menghadapi cabaran baru sebagai seorang Muslim yang baru.
Cabaran paling utama ialah mereka berpuasa di bulan Ramadhan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Antara bentuk galakkan yang kami beri ialah bimbing mereka berpuasa dan menyambut Hari Raya bersama mereka supaya mereka tidak keseorangan setelah memeluk Islam.
Khususnya mualaf B40 berpendapatan rendah atau tiada pendapatan, kami bawa mereka membeli baju raya untuk menyambut Hari Lebaran yang pertama.
Hari raya adalah hari untuk bergembira. Jangan biarkan mualaf bersedih. Ayuh, infaq seikhlas hati.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum, salam Jumaat. Kami mohon maaf atas kelewatan kemaskini program membeli baju raya untuk Muallaf pertama kali sambut hari raya.
Disebabkan kekangan kewangan, kami hanya termampu membelikan baju raya untuk 3 orang Muallaf sahaja kali ini, semuanya lelaki. Seorang Muallaf wanita tidak dapat hadir.
Terima kasih atas sumbangan anda.
Sekecil mana anda menyumbang, Allah SWT yang menilainya dan semoga dibalas dengan rezeki yang barokah.
26/3/2024, 11 malam, 16 Ramadhan!
Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah SWT. Dia memilih mana-mana hamba-Nya yang layak mendapat taufiq dan hidayah.
Malam Ramadhan ke 16, Allah memilih saudari Jenny untuk memeluk Islam di PERKIM BTP.
SubahanAllah, Maha Suci Allah, ayahnya yang masih belum Islam juga turut hadir menemani dan memberi sokongan anak beliau memeluk Islam. Kita doakan dia juga mendapat taufiq dan hidayah.
Lebih mengejutkan kami, subahanAllah, adik Jenny ini telah pun berpuasa dan bertudung sejak umur 12 tahun. Minat mendalam dia kepada Islam menyebabkan ayahnya tidak mahu menghalang pilihan Jenny. Allahu Akhar.
Semoga anda yang menyokong kami dengan sumbangan Ikhlas juga diberikan ganjaran saham akhirat oleh Allah SWT, aameen Ya Allah Ya Ghani!
Insya Allah, adik Jenny juga akan termasuk dalam senarai yang akan dibawa untuk shopping raya.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 24, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 23, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 22, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 22, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Mar 22, 2024