Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Dec 29, 2022
RM1,885 / 18.85 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
43 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam Kedah dengan besar hati membuka peluang kepada semua muslimin muslimat yang dikasihi Allah SWT untuk sama-sama membuat infaq dengan menaja 50 orang anak-anak syurga ini kerana Allah SWT.
1. Makan berbuka RM250
2. Makan sahur RM100
3. Moreh RM50
4. Pakej 1 hari RM400 untuk pelajar dan kakitangan
Jika ada yg berminat boleh masukkan nama bermula 1 Ramadhan-27 Ramadhan 1444 H.
إِنَّ الصَّائِمِ إِذَا أَكَلَ عِندَهُ لمَ تَزَل تُصَلِّي عَلَيهِ المَلائِكَةُ حَتََى يَفْرُغَ مِن طَعَامِهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan bersamanya orang berpuasa yang lain, maka sentiasalah para malaikat mengucap selawat ke atasnya sehingga selesai daripada makannya.” (Riwayat Ahmad, Al-Tarmizi dan Al-Baihaqi)
"Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” (H.R. Tirmidzi)
Terdapat banyak dalil yang menunjukkan kelebihan menjamu mereka yang berpuasa. Justeru, amat wajar bagi yang berkelapangan rezeki serta harta menjamu mereka yang berpuasa. Antara nas galakannya ialah daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
Maksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan Al-Baihaqi)
Rasulullah SAW bersabda:
الصَّائِمُ إِذَا أَكَلَتْ عِنْدَهُ المُفَاطِرُ صَلَّتْ عَلَيْهِ الملائِكَةُ
Maksudnya: “Orang yang berpuasa apabila makan di sisinya orang-orang yang berbuka puasa, nescaya Para malaikat berselawat ke atasnya.” (Riwayat al-Tarmizi dan Ibn Majah)
Berdasarkan nas hadis di atas jelas menunjukkan kelebihan bagi mereka yang memberI makan orang yang berpuasa, apatah lagi mereka yang amat memerlukan seperti anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan yang berhajat.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 02, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 02, 2023
ZAS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 01, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 01, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 01, 2023