Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM4,991 / 49.91 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
197 Penyumbang
Kempen Berakhir!
"Pada Ahad 22 Jun 2024, sekitar jam 4 pagi, Khairol (Suami Puan SIti) mengejutkan saya. Beliau mengatakan bahawa dia merasa tidak selesa akibat angin dan meminta saya memicitnya. Saya bertanya jika perlu ke hospital, tetapi suami saya menjawab bahawa ia mungkin disebabkan salah makan. Saya pun sambung memicit dia dan dia menyuruh saya tidur semula kerana saya juga kurang sihat setelah mengambil ubat darah tinggi. Sebelum terlelap, saya sempat melihat beliau tersenyum.
Keesokan paginya, sekitar jam 7, saya bangun dan ingin mengajak suami saya membeli sarapan. Namun, ketika saya melihat dia, dia hanya diam. Saya membuka lampu dan mendapati tubuhnya sudah sejuk dan tidak bernyawa. Dengan hati yang berat, saya memanggil jiran dan menelefon 999. Dalam 10 minit, petugas tiba dan mengesahkan bahawa Khairol (Suami Puan Siti) telah meninggal dunia. Polis kemudian membawa beliau ke hospital untuk postmortem kerana dia tiada rekod kesihatan dan masih di bawah umur 60 tahun. Hasil postmortem menunjukkan bahawa suami saya mengalami serangan jantung. " -Kronologi yang diceritakan sendiri oleh Puan Siti Nor Mariana.
Khairol, Al-Fatihah untukmu, semoga rohmu tenang di sana.
"Sayangilah siapa yang ada di muka bumi, niscaya kamu akan disayangi oleh siapa saja yang ada di langit"
(HR At-Tirmidzi no. 1924)
Semoga kisah ini menjadi peringatan untuk kita semua supaya lebih peka terhadap kesihatan dan menghargai setiap detik bersama orang yang kita sayangi.
"Tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah" (HR. Muslim)
Sebagai umat Islam, kita diajar untuk saling membantu dan bersikap penyayang terhadap sesama. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa menghilangkan kesulitan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan melepaskan kesulitannya pada hari kiamat." (Hadis Riwayat Muslim)
Marilah kita bersatu hati dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan, dan semoga setiap sumbangan kita menjadi amal jariah yang diterima oleh Allah SWT. Berikan kebaikan, salurkan kasih sayang, dan mari bersama-sama membina jaringan kebajikan di tengah-tengah komuniti kita. Terima kasih atas kebaikan dan sokongan anda
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 18, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 18, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 18, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 18, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 18, 2024