Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Oct 08, 2024
RM170 / 5.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
12 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kenaikan harga barangan memberi kesan kepada semua pihak, tidak terkecuali pihak maahad. Sehubungan itu, kami mengajak muslimin muslimat untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu memastikan para pelajar asnaf dan yatim di maahad kami mendapat makanan yang mencukupi dan berkhasiat terutama ikan segar ini.
Seperti yang kita sedia maklum, ikan mengandungi omega-3 yang sangat baik untuk perkembangan minda. Khasiat ikan ini akan memberi manfaat lebih-lebih lagi kepada pelajar-pelajar yang menghafal Al-Quran. Insya-Allah.
Rasulullah ﷺ bersabda “Apabila seseorang manusia mati, maka terputuslah semua amalannya kecuali daripada tiga perkara (yang selepas mati pun pahalanya berterusan ).1.sedekah jariah 2.ilmu yang dimanfaatkan (oleh orang ramai) dan 3. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan untuknya.” (Misykat: Muslim)
Setiap kali pelajar-pelajar tahfiz menggunakan tenaga dari makanan yang anda infaqkan untuk menghafal dan mengamalkan Al-Quran, anda juga mendapat ganjaran pahala. Ini adalah amal jariah yang pahalanya akan terus mengalir selagi ilmu itu diamalkan. Allah SWT sangat mencintai mereka yang berinfaq, terutama dalam keadaan susah dan mencabar.
Di atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT, kami ingin membuka peluang kepada muslimin dan muslimat untuk sama-sama berinfaq dalam pembelian ikan segar untuk dijadikan santapan berkhasiat kepada anak-anak tahfiz di maahad kami.
Semoga para penyumbang diberi keberkatan dalam kehidupan dipermudahkan segala urusan dan hajat serta mendapat keredaan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Amin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 18, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 14, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 12, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Oct 11, 2024
FAKHRUL HAIKAL BIN AHMAD EFFENDI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 10, 2024