Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah

Aktif sejak Jul 13, 2022

Tentang Penganjur

Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah telah ditubuhkan pada 5hb Disember 2021 cetusan idea daripada Ustaz Mat Arop Bin Hanafiah. Motif pembangunan pusat pengajian ini adalah untuk melahirkan lebih ramai Huffaz, Qurra’ dan Duat disamping menjadi sebagai medium untuk menggalakkan lebih ramai umat Islam yang celik membaca Al-Quran. Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah menekankan perkembangan pelajar secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat mengimbangi perkembangan para pelajar baik dari segi jasmani, emosi dan rohani. Disamping itu, antara inisiatif membangunkan Maahad ini bertujuan untuk menjadi wadah bagi golongan berumur yang ingin mempelajari Al-Quran dan ilmu-ilmu keagamaan. Dengan itu, Pondok Pengajian Ar-Raudah juga menjadi sebahagian daripada perancangan kami untuk menempatkan golongan warga emas yang ingin mendalami ilmu keagamaan. 



LOT 6235, KAMPUNG TANJUNG MEDAN, SUNGAI PANJANG MUKIM SUNGAI PANJANG, 45300 SABAK BERNAM SELANGOR , 45300, SABAK BERNAM, Selangor, Malaysia
mtalhanafiah@gmail.com
+601131408477
+60132158905

Doa-doa Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga semua amalan hamba diterima, di makbulkn semua doa2x hamba....aamiinn.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Sumbangan ini diatas nama bapa saya Haji Mohd Ghani Hj Sapuan.Doakan semoga bapa saya sentiasa sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.Semoga segala kebaikan dan sumbangan bapa saya dapat menjadikan bekalan di akhirat nanti.Amin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga dipanjangkan umur, memperoleh zuriat soleh solehah yg ramai, bebas hutang, kaya raya dunia akhirat, memperolehi khusnul khatimah, dijauhi azab kubur, azab di padang masyhar, azab api neraka, serta beroleh syurga firdaus tanpa hisab untuk diri sendiri, ibubapa, keluarga, sahabat handai & seluruh muslimin muslimat. Aamiin yra..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SARI HASSAN

1 tahun yang lepas

Ya Allah terimalah sedakah kami dan ampunilah kami, amin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOR

1 tahun yang lepas

Ya Allah terimalah taubat kami sebelum wafat , berikanlah kami pengakhiran yg baik. Rahmatilah berkatilah kami,kasihanilah kami.Ampunkan segalsn.dosa.kami. Masukkanlah kami kedalam syurga Firdaus mu. Amin yra.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

redhaku sbgi hamba Mu yaAllah dn ummat nabi Muhammad S.A.W...aamin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: