YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Aug 22, 2023

SUMBANGAN DANA KEPADA KELUARGA ASNAF YANG DILANDA KESUSAHAN

RM225 / 4.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama menghulurkan bantuan kepada golongan keluarga asnaf yang sedang kesusahan. Mari kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Di saat kita sedang menikmati kesihatan yang baik kurniaan Allah SWT, jangan kita lupa bahawa begitu ramai dalam kalangan saudara seagama kita yang sedang diuji dengan kesakitan. Begitu berat penderitaan kesakitan yang ditanggung oleh pesakit sama ada yang berada di hospital atau di rumah.



BANTUAN YANG DIPERLUKAN SEPERTI MAKANAN HARIAN DAN DANA PERUBATAN

Ini adalah sebahagian golongan asnaf yang telah lanjut usia. Mereka amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan. Walaupun sebahagiannya ada menerima bantuan zakat, namun jumlahnya adalah minimum. Kami juga terharu apabila mendapati anak-anak yang menjaga orang tua mereka yang sakit ini juga adalah dari kalangan asnaf. Sesungguhnya berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.



Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan usaha murni ini demi membantu golongan keluarga asnaf yang sedang dilanda kesusahan. Mudah-mudahan dengan pemberian yang kita hulurkan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang sedang ditanggung oleh pesakit dan ahli keluarga mereka. Semoga Allah SWT membalas pemberian anda dengan keampunan dan ganjaran pahala yang besar.



Sikap membantu orang yang kesusahan ini adalah sifat orang-orang yang beriman. Yahya bin Muaz seorang tokoh sufi kurun ketiga pernah berpesan:


حبك الفقراء من أخلاق المرسلين ، وإيثارك مجالستهم من علامة الصالحين ، وفرارك من صحبتهم من علامة المنافقين


“Kecintaanmu pada orang-orang fakir miskin adalah akhlak para Nabi, menyantuni mereka dengan duduk bersama mereka adalah tanda-tanda orang yang soleh dan menjauhi mereka daripada mendampingi mereka adalah tanda-tanda orang munafik.” (Ittihaf Sadah al-Muttaqin)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Aug 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 22, 2023

Kempen Sumbangan Tamat