Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM3,575 / 2.98 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM120,000
54 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Gambar ini diambil semalam pada (19/12/2021), menurut JKM mangsa akan meningkat kepada 411 orang hari ini (20/12/2021).
Kami telah bersetuju membekalkan makanan panas ke PPS ini yang melibatkan 411 mangsa di Desa Coalfields, Saujana Aman dan sekitarnya.
Kami juga sedang usahakan membantu mangsa banjir di Ijok yang sedang semakin buruk. Malah semalam, Batu Arang yang terletak sebelah kami juga telah banjir.
Dengan ini kami merayu rakyat Malaysia yang prihatin menghulurkan sedekah tunai untuk kami membantu mangsa banjir ini.
Hanya Allah mampu membalas jasa anda.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Pada 13/1/2021, PERKIM BTP bersama PERKIM Cawangan Wanita Shah Alam telah menyampaikan 307 beg sekolah untuk anak-anak murid Sekolah Kebangsaan Parit Mahang yang mana mereka adalah murid-murid mangsa banjir. Salah seorang cikgu sekolah ini sendiri telah mengambil initiatif untuk membantu 507 orang murid ke semuannya yang terjejas kerana banjir, PERKIM telah menghadiahkan 307 dari 507 tersebut.
Hanya 30 murid sahaja menerima secara simbolik disebabkan kekangan SOP Covid-19, baki yang lain telah diserahkan kepada Guru Besar secara simbolik untuk diserahkan kepada murid-murid tersebut.
Terima kasih semua penyumbang kerana sumbangan anda melalui Sumbangan.com ini banyak membantu kami dalam misi banjir kali ini. Kepada Allah kami mohon untuk memberi ganjaran kepada tuan / puan yang telah membantu kami.
Terima kasih Sumbangan.com.
27/12/2021
Hari ini PERKIM BTP telah terlibat menyumbang 40 set barang dapur (kering) untuk 40 keluarga mangsa banjir yang telah kembali ke rumah dan dalam proses mencuci rumah di Saujana Aman, Kuala Selangor. Wakil mereka sendiri mohon melalui penolong amil Masjid Bandar Tasik Puteri, alhamdulillah hari ini PERKIM BTP bersama Masjid BTP dan Surau Al-Furqan BTP telah sampaikan sumbangan tersebut yang akan diagihkan kepada 40 keluarga.
Terima kasih sumbangan anda, kami masih perlukan derma kilat anda untuk membantu 240 keluarga di Ijok yang mana rumah mereka masih belum surut air banjir dan mereka masih di PPS. Kami akan beri bantuan berbentuk dapur gas dan barang kering apabila mereka kembali ke rumah.
LAPORAN PENUTUP MISI 1
Alhamdulillah, selain kenderaan 4x4 ada juga sahabat yang membawa lori untuk membawa makanan ke tempat banjir. Semoga Allah melipatkan gandakan rezeki mereka.
Cara bantuan kami laksanakan adalah dengan kenal pasti PPS benar-benar memerlukan stok makanan dan juga kami hantar terus kepada mangsa yang tidak berpindah rumah ke rumah dan juga ke khemah-khemah didirikan sendiri oleh penduduk keranan PPS sudah penuh.
Ketika kami sampai ke Parit Mahang iaitu ke kampung paling dalam, kami dapati mereka yang tinggal di khemah sendiri memanggil kami dari dalam khemah meminta bantuan, ada yang perlukan makanan, air dan pampers untuk anak-anak. Alhamdulillah kami telah bantu tempat ini sehingga air surut dan mereka kembali ke rumah masing-masing.
Mereka keluar seawal 5.30 petang untuk edarkan makanan dan balik selepas Isyak.
Misi 1 berakhir iaitu selama 5 hari bermula 20/12/2021 hingga 24/12/2021, PERKIM BTP telah melaksanakan bantuan:
1) Masak dan edar makanan panas, jumlah keseluruhan 2,046 pek makanan
2) Makanan kering (biskut dll)
3) Pampers, toto dan selimut
Terima kasih semua penyumbang. Kami merayu dan berharap tuan-tuan dan puan-puan terus menyumbang atau sebarkan kepada rakan-rakan yang mungkin ingin menyumbang juga kerana kami akan melaksanakan Misi 2 iaitu Pasca Banjir dan Misi ke Pahang pula. Buat masa ini kami kumpul dana dan kekuatan untuk 2-3 hari sebelum bergerak semula.
Antara kg yang kami akan bantu pasca banjir ialah Kg Asahan di Ijok, kami akan cuci rumah dan bekalkan barang keperluan asas seperti gas, dapur gas atau yang termampu mengikut bajet. Dalam misi kami ini juga terkandung dakwah.
Kami santuni ramai non-muslim samada di PPS atau di kawasan banjir, ternyata mereka amat kagum dengan orang Islam yang paling ramai datang membantu. Antaranya yang kami bercadang cuci rumah ialah seorang wanita non-muslim warga emas yang tinggal seorang di rumah, tiada anak-anak atau suami, dan beliau tidak boleh berjalan kerana patah kaki. Buat masa ini beliau masih di PPS. Barang dalam rumah total loss, bagaimana dia hendak cuci rumah dalam keadaan dia patah kaki sebelah? Insya Allah PERKIM BTP akan usahakan.
Hanya Allah sahaja mampu membalas sumbangan anda.
Parit Mahang, Jeram. Penduduk tinggal dalam khemah sendiri kerana PPS penuh, sehingga 23/12/2021 kampung mereka masih belum surut air.
1,840 PEK MAKANAN PANAS TELAH DIEDARKAN
Alhamdulillah, dapur PERKIM BTP di Masjid BTP terus beroperasi untuk memasak dan mengedarkan makanas panas (ready to eat food) untuk penduduk sekitar yang menjadi mangsa banjir.
Kaedah PERKIM BTP edar makanan panas adalah terlebih dahulu mendapatkan maklumat sebenar PPS yang benar-benar masih perlukan makanan atau tidak iaitu dengan berbincang dengan JKM atau pihak berkuasa di situ. 4 PPS telah kami edarkan iaitu PPS Desa Coalfields, PPS Bukit Badong, PPS Stadium Tertutup Kuala Selangor dan PPS Bukit Kucing. Bermula 24/12/2021, kami hanya bekalkan makanan panas untuk PPS Bukit Kucing kerana lain-lain PPS sudah menerima sumbangan yang lebih dari mencukupi.
Selain itu PERKIM BTP juga edar rumah ke rumah iaitu penduduk yang enggan pindah. Ini memastikan mereka yang benar-benar perlu dapat makanan.
Kami juga agih terus ke khemah-khemah dibini sendiri oleh penduduk kerana PPS penuh, iaitu di Parit Mahang yang mana air belum surut hingga 23/12/2021. Insya Allah, hari ini 24/12/2021 kami fokus bantuan ke PPS Bukit Kucing dan khemah-khemah persendirian di Parit Mahang. Kami amat sebak dan pilu apabila semalam penduduk di sini ternyata kelaparan dan perlukan banyak barang lain tetapi tidak sampai. Insya Allah hari ini kami akan bekalkan semua yang mereka perlu seadanya.
Kami mohon dan merayu kepada semua penyumbang, satu hari kami masak 600 pek makanan dan ia menelan belanja yang tinggi, tidak termasuk kos logistik. Semua sukarelawan kami datang dengan suka dan rela, memang tiada apa-apa bayaran namun kos masak dan logistik tetap tinggi.
Hanya Allah mampu membalas jasa anda.
PPS DESA COALFIELDS
250 pek makanan panas telah dibekalkan untuk penduduk Saujana Aman dan Desa Coalfields yang mana rumah telah banjir hingga paras tengkok. Malah sebuah masjid di sini telah tenggelam hanya nampak bumbung. Kami diberitahu oleh wakil JKM sini bahawa mangsa bertambah dari semasa ke sama kerana mereka yang dari tempat-tempat lain juga berpindah ke sini. Mulai esok kami akan bekalkan 300 pek makanan untuk di sini.
Ini lah keadaan kawasan perumahan mereka yang telah banjir. Hujan sudah berhenti namun air masih termenung di situ.
PPS BUKIT BADONG
Di sini kami bekalkan 60 pek makanan untuk mangsa banjir semuannya warga emas yang telah diselamatkan dari banjir dan ditempatkan dewan SK Bukit Badong. Tempat ini adalah 20km dari PERKIM BTP.
Doakan kami dan kami sangat berharap sokongan anda untuk membantu negara kita yang tercinta ini dari musibah ini.
Terima kasih atas sokongan anda semua hanya Allah mampu membalas jasa anda.
Sedekah tidak mengurangkan harta, benarkan sabda Nabi s.a.w.